Tempat Bersejarah di Malaysia Sebagai Objek Wisata – Adakah bangunan bersejarah di Malaysia mempunyai nilai seni dan kisahnya tersendiri? Apakah bangunan-bangunan ini mempunyai kaitan dengan sejarah pembentukan slot bet 100 Malaysia? Bila mana kita menyebut tentang binaan yang masih wujud dan mewakili zamanya kegemilangan yang tersergam indah sehingga kini, pasti terdetik di hati ingin mengetahui kisah sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia rata-ratanya dijaga dengan baik, malah ianya dipulihara bagi mengekalkan mercu keutuhannya. Ada bangunan yang masih mengekalkan fungsinya, dan ada juga yang telah menjadi muzium malah ianya menjana pendapatan dalam sektor pelancongan bagi kawasan bangunan itu.
Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah yang berpusat di tebing utara muara Sungai Kedah ini didirikan sebagai benteng pertahanan pada tahun 1771. Kota yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ini pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Seterusnya ia telah dikuasai oleh pihak British dengan menambah binaan rumah api dan pintu gerbang baru yang masih kekal sehingga kini. Selepas diletakkan dibawah kuasa Jabatan Muzium Malaysia ia telah ditambahbaik untuk dijadikan sebagai Muzium Kota Kuala Kedah. Selain mempunyai koleksi artifak arkeologi ia turut mempunyai 13 buah peluru meriam dan 6 buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun.
Kota Lama Duyong
Kota Lama Duyung yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu ini dibina oleh Dato’ Biji Sura pada tahun 1919 sebagai tempat belajar ilmu agama bagi masyarakat di situ. Binaannya dikatakan terdiri daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya. Binaan ini menunjukkan campuran rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda. Menariknya lagi ia turut mendapat pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir untuk bahagian tiang dan dinding batu. Kota ini pernah mengalami kerosakkan akibat banjir dan telah dibina semula pada tahun 1986 semula dibuka sebagai lokasi pelancongan.
Muzium Perang
Penang War Museum: Bangunan bersejarah yang turut bertempat di Pulau Pinang ini pada awalnya menjadi kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930-an sebelum diambil alih oleh tentera Jepun pada tahun 1941. Lokasi sejarah yang turut dikatakan mempunyai kisah mistik ini merupakan muzium spaceman slot perang yang terbesar di Asia Tenggara. Anda boleh menjelajah muzium ini mengikut anak panah yang disediakan di mana dapat melihat tempat pelaksanaan penyiksaan, memasuki terowong gelap serta melawat tempat tidur Inggeris, India dan Melayu.
Kubu Margherita
Bangunan bersejarah yang terletak dibina pada tahun 1878 ini terletak di atas tebing Sungai Sarawak yang berhampiran dengan kediaman Brooks. Sebelum disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak 1993) ia turut berfungsi sebagai pusat Renjer Sarawak, Pejabat Kampetai Jepun pada Perang Dunia Kedua dan Muzium Polis. Kubu ini menjadi saksi di mana penduduk pribumi menentang penjajahan Rajah Brooke. Di sini anda dapat melihat laman hukuman bunuh dan memasuki galeri Brooke.
Fort Cornwallis
Alang-alang menikmati hidangan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jangan lupa luangkan masa anda di tapak bersejarah ini. Dengan bayaran masuk RM10 bagi pemegang MyKad anda boleh menjelajah ke dalam kota yang dibina pada tahun 1786 ini. Kota Cornwallis yang berusia lebih 200 tahun ini dibina oleh Kapten Francis Light ketika beliau menawan Pulau Pinang dan kini menjadi antara kota yang masih utuh dan terpelihara sebagai tarikan pelancongan bersejarah. Anda dapat melihat beberapa meriam, stor penyimpanan bahan letupan, gereja dan tugu gangsa.
The Stadthuys
Bangunan berwarna teracotta-merah ini pasti menarik pandangan mata anda untuk menghayatinya atau singgah mengabadikan kenangan. Dikatakan asalnya bangunan ini berwarna putih, dan mempunyai pelbagai versi cerita kenapa ia ditukar warna. Bangunan ini merupakan antara bangunan Belanda slot deposit 10 ribu yang tertua di Asia Tenggara yang mula didirikan pada tahun 1641 yang menjadi titik tumpu beberapa era penjajahan di Tanah Melayu. Kini ia meriah dengan aktiviti pelancongan yang mempunyai tarikan beca, beberapa buah muzium, gerai cenderamata serta lokasi buskers di sekitarnya.
Masjid Kampung Laut
Masjid yang dikatakan sebagai antara masjid yang tertua di Asia Tenggara ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan dan dianggarkan berusia 400 tahun. Masjid ini begitu unik kerana ia dibina daripada kayu cengal tanpa menggunakan sebarang paku. Tambahan lagi, masjid ini dikatakan dibina oleh Wali songo ketika dalam perjalanan dari kepulauan Jawa ke Champa pada abad ke 14. Sekitar tahun 1970an masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu kerana tapak asalnya mengalami banjir yang teruk. Bermula tahun 2020 proses pemindahan ke tapak asal dilakukan dan kini anda boleh melawat masjid ini di Kampung Laut.